Bila lelaki muda kahwin dengan wanita tua

2Kisah Wook Kundur, wanita tua yang bersuami muda di Terengganu menarik perhatian. Itulah yang dikatakan cinta itu buta, tak mengenal usia.
Jangan salahkan cinta buta atau apa sahaja… tapi kalau hati dah suka apa nak dikata. Terima sahajalah jodohnya.Ia jadi hangat kerana kesediaan si lelaki menerima wanita yang lebih berusia. Kalau wanita lebih berusia dan si lelaki pula muda lazimnya wanita itu mestilah sudah berstatus janda dan si lelakinya bujang lagi. Ada juga lelaki yang memiliki isteri yang sebaya malah lebih tua daripada ibunya sendiri.

Dalam dunia hiburan pun ada banyak lelaki muda yang sedia menjadi suami kepada artis berusia. Tak kurang juga perkahwinan sesama artis atau selebriti yang mempunyai beza umur yang jauh. Rita Rudaini yang kini sedang hamil anak sulung hasil pernikahan secara rahsia dengan pemain bola sepak sensasi, Aidil Zafuan Abdul Radzak pada bulan Februari tahun lalu. Aidil sembilan tahun lebih muda.

Mereka kini sudah sedia berjumpa pihak media memperkatakan pasal pernikahan mereka, apatah lagi Rita yang pernah menjanda selama tujuh tahun itu sudah hamil.Abby Abadi yang hangat dengan kes cerai dengan Norman Hakim juga secara terbuka menunjukkan aksi mesra dengan pelakon baru Zulkifli. Sehingga kini itulah lelaki yang dilihat rapat dengan Abby selepas rumah tangganya dilanda badai.

Tak tahulah lagi bagaimana kesudahannya. Tunggu dan lihatlah. Norman pun semakin rapat dengan Memey Suhaiza.Sheeda si penyanyi dangdut juga bersuami muda lagi. Sebelum ini dia pernah bersuami muda tapi hubungan mereka tak berpanjangan. Bulan depan satu lagi pasangan lelaki muda dan wanita berusia akan mengikat tali perkahwinan.Siapa lagi kalau bukan pelakon muda berbakat Que Haidar dan si janda meletup Linda Jasmine.

Mereka dijadual bernikah pada 14 Februari 2009 ini. Sekarang ke mana pergi selalu nampak berdua.Eloklah kahwin segera daripada berlaku kejadian yang tak diingini, manalah tahu kut tertangkap khalwat nanti susah pula kan.Ada lagi artis yang memiliki suami muda. Rosnah Mat Aris juga berkawan bertahun-tahun dengan lelaki muda. Khabarnya dia dah pun bernikah dengan lelaki yang menjadi kawannya itu. Kalau betul tahniahlah Mangga Muda ucapkan kepada Rosnah atau lebih mesra dipanggil Kak Ros tu.Bakal suami Leina Hangat juga lebih muda daripada usianya tapi jarak usia mereka tidaklah jauh sangat sebab Leina bukanlah jatuh dalam kategori artis veteran lagi dan bakal suaminya pun bukanlah remaja lagi.

Ada juga artis muda yang diintai oleh wanita kaya kat luar sana, tapi tak tahulah kesudahannya ke jenjang pelamin atau sekadar kawan. Ada juga artis lelaki muda yang menolak pemberian wanita berusia apabila berasakan wanita itu ada niat ke arah tidak baik terhadap mereka. Anak remaja sekarang nampaknya berjaya menarik perhatian wanita berusia rupa-rupanya. Mangga Muda ni tak ada pulak yang intai ya.

*fakta Manfaat Air dan Lumpur Gunung Berapi Dari Enkaybeau Ghassoul Clay Soup Bagi Kecantikan

13 Responses to “Bila lelaki muda kahwin dengan wanita tua”

  1. Ermmm macam mana nak cakap, mmg pompuan tua berpengalaman tapi tak lah mcm mak cik kundur tuh,,,,,,, mcm mana ekkk aku pun tak faham ….. mcm mana dia …. apa apa lah ……. kalau mcm Rosnah Aris itu ok lgak lagi….

  2. Linda Jasmin……..erm…… Q ….. terlebih dahulu ingin saya ucapkan Selamat pengantin Baru kepada pasangan Q dan Linda Jasmin semoga kekal ke anak cucu, saya rasa ada baik juga berkahwin dgn permpuan yang lebih tua dari kita sebeb mereka ini matang dan boleh juga banyak pasanagan muda mempelajari dari isteri nya, Tetapi janga kita underestimated them, kdg2 mrk ini suami yg muda ini masih boleh kontrol isteri mereka. Umur hanyalah angka saja, pengalaman dan keserasian yang penting dalam rumah tangga, x gitu . kalau aku diberikan peluang bercinta dengan Linda Jasmin sehingga mendirikan rumah tangga aku pun akan grab this oppurtunity , sbb aku jau lagi tua pada Linda Jasmin lah, aku dapat isteri muda, kata aku kalau , Q jgn kecil hati

  3. Assalamualaikum, bukan perempuan tua, nak bua pembeulan , peempuan lebi tua, perempuan yg lebih matang,

  4. aju rasa tentu ada yang menarik denga peroau yg lebih tua ini , tentu dia menghormati kita lebi ari peremouan muda krn mereka takut kita akajn cari perempuan yg lebih muda dari mereka , tak gitu, inilah mungkin untung nya berkahwin dgn perempuan lagi tua, Aku ada kawan yg kahwin dengan perempuan yg lebih tua, bila dia penggil saja , datang mcm hamba abdi, ia bang,,, nak apa bang ,,,, baik bang ayanga buat sekarang bang,,,,,,,, nak apa lagi bang,,,,, aku geli juga tgk tapi itulah hakikatnya , perempuan tua lagi caring dari perempuan muda, mrk berasa beruntung krn dipilih oleh lelaki muda, oleh itu marilah kita ramai-ramai pilih perempuan lebih tua , biar mrk beri lebih saingan kpd yang muda, dan biar saham pompuan muda jatuh dan akhirnya mrk akan meenawarkan diri pd kita dengan saham yg lebih murah ,apa kata anda.

  5. [...] Bila lelaki muda kahwin dengan wanita tua  1102 views [...]

  6. sempoi je Says:

    Tulah d katakan..cinta x kenal sape…cinta tu bute..atau org yg bercinta tu yg bute..ape2 pun tepuk dada tnyelah selera anda…

  7. Kalau pasangan lelaki lebih muda yang untung perempuan yang lebih matanglah, muda tenaga banyak, segalanya panas, so bila sejuk campur panas oklah tu. banyak sebab sebenarnya mengapa lelaki lebih tertarik kepada wanita yang jauh lebih matang dari dirinya. kalau saudara saudari nak tahu sila layari laman web yang ada kaitan maka trungkailah segala persoalan apa istimewanya wanita matang di mata lelaki muda. Malah tidak juga hairan bila kita mendengar lelaki yang layak digelar anak mencintai wanita yang sebaya ibunya. Persoalannya bagaimana perasaan ibu apabila anak bujangnya bakal berkahwin dengan wanita sebaya dirinya, sanggupkah menyerahkan anak lelaki kita yang muda teruna kepada wanita yang seusia ibunya?

  8. kenapa benda ni jd kat aku????tidakkkkkk

  9. erm…sy sendiri melalui pengalaman bercinta dgn lelaki lebih muda, tetapi apa yang saya lihat, lelaki lebih muda ni lebih mengambil kesempatan keatas perempuan yg lebih tua…amat malang menjadi diri sy, yg menagih kasih dr kekasih yg lebih muda….

  10. btol tue erissa. memang i setuju 100%.

    Macam i nie lelaki berumur 22 tahun, n terus terang i ngaku yang i memang minat kat perempuan yang jauh lagi tua dari i.perempuan berumur nie lagi sesuai dibuat calon isteri.

    Kelebihan Wanita Berumur
    -Sooooooo seksi
    -Penyayang
    -Matang
    -Pandai jaga hati husband.
    -Ambil berat

    Keburukan wanita muda
    -Gedik
    -mengelalabah
    -belum ada ape2 nak show of pulak, kelam kabut tol!
    -sket2 nak merajuk
    -pentingkan diri sendiri
    -what they just know is to make up, dress up and hang up, very lame.

    perempuan @ wanita lagi tua nie memang sentiasa menjadi idaman hati i.
    Saya memang nak kawin dengan perempuan yang lagi tua dengan i, that is my dream.

    Dulu2 mase saya skolah n study kat u, suka tgk cikgu2 perempuan and lecturer yang lagi tua, very very very seksi!Tapi mostly diorang married :-(…..

    roslanahmad88@yahoo.com

  11. To : Sharine

    Wahai insan bernama Sharine, harap2 satu hari nanti awak akan menemui cinta sejati sepertimana harapan saya jua…

    Dont judge the book by its cover, maybe ape yang berlaku tue ada hikmah nya, tapi jangan lah buat kesimpulan secara terburu2….

    Lelaki yang bercinta dengan awak tue sangat sangat sangat beruntung sebab dapat capai impian dier…

    tapi die tak hargai ape yang dah die dapat….

  12. saya juga bercinta dengan seorang pemuda yg 11 tahun lebih muda dr usia saya,jarak dan waktu serta kesibukan membataskan pertemuan kami,saya tidak tahu apakah kelebihan saya dimata dia tetapi yg pasti pada saya dia seroang yg caring dan x pernah mengambil kesempatan dalam apa jua situasi……
    Tetapi apa yg membimbangkan saya bila mana dia mengundang saya utk bertemu keluarganya
    Persoalannya adakah keluarga dia dapat menerima saya yg lebih tua dr anaknya….
    Tambahan pula saya hanyalah pekerja biasa sedangkan anak nya berkelulusan tinggi….
    Memang benar cinta itu buta….apa pun saya pasrah dengan segala kemungkinan….
    saya rela berundur sekiranya keluarga dia tidak dapat menerima saya..
    Mungkin inilah risiko yg terpaksa dihadapi bila mana menjalinkan perhubungan dengan lelaki muda…

  13. Maisara..
    saya juga dibelenggu masalah yg sm, teman lelaki sy beza 8 tahun dr sy……

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: