Archive for February, 2009

Kekasih ibu kekasih ku juga

Posted in Bersama Dr Luv on February 13, 2009 by enkaybeau

Hanya gambar hiasan

Hanya gambar hiasan

Email dari adik Shana Shane ,

Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan

Saya adalah  anak kepada se0rang ibu tunggal  dan merupakan anak tunggal . Ibu saya telah lema menjanda dan  beza usia saya dan ibu adalah 18 tahun . Kini saya  berusia 18 tahun dan ibu saya 36 tahun. Ibu mempunyai seorang  teman lelaki yang begitu mengambil berat tentang keluarga kami dan mereka telah berkawan selama  6 tahun. Kerana  teman lelaki ibu  begitu penyayang dan bertanggung jawab , tanpa saya sedari saya telah jatuh hati dengan teman ibu yang berusia 42 tahun . Cinta saya pula bukan lah cinta yang bertepuk tangan sebelah tangan . Tanpa kami sedari kami sering berjumpa secara sulit tanpa pengetahuan ibu dan saya juga  sudah terlanjur dengan teman lelaki ibu saya ini. Masalahnya sekarang kami tidak tahu bagaimana untuk berterus terang dengan  ibu kerana saya terlalu sayang dengan ibu dan saya juga tidak boleh meninggalkan teman ibu kerana kini  saya menyifatkan bahawa beliau adalah  teman saya. Saya berharap Dr Luv dapat menyelesaikan masalah saya ini. Continue reading

Mila AF5 Tinggalkan MC Voices and Stars Kerana Sugar Daddy Bernard Cheah?

Posted in Artis Malaysia on February 12, 2009 by enkaybeau

mila21SETELAH lebih setahun menjadi ahli lembaga pengarah syarikat miliknya sendiri, MC Voices & Stars bersama rakan kongsi, Bernard Cheah, juara Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Mila mengambil keputusan untuk meninggalkan syarikat itu. Satu keputusan yang telah menimbulkan banyak persoalan apatah lagi tujuan syarikat itu ditubuhkan pada asalnya adalah untuk membantu membangunkan karier seni penyanyi itu. Continue reading

Posted in Personality Enkay Beau on February 12, 2009 by enkaybeau

dianadanial4Nama penuh: Diana Danielle Danny Beeson

Tarikh lahir: 22 November 1991

Asal: Dilahirkan di Houston, Amerika Syarikat, namun dibesarkan di Kuala Lumpur sejak berumur dua tahun

Darah campuran: Amerika (ayah) dan Melayu (ibu)

Keluarga: Anak tunggal

Komersial: Lampin Merries (ketika berusia sembilan bulan), Milo, Telekom Malaysia (TM), Hazeline Snow dan Fair & Lovely

Drama: Air Mata Maria, Janji Diana, Gol & Gincu The Series dan Farah Syakirah (setiap Ahad, jam 9 malam di RTM2) Continue reading

Cakap apa saja – Bersama Dr Luv

Posted in Bersama Dr Luv on February 12, 2009 by enkaybeau

dr-luvHi … Salam perkenalan , bersama saya setiap minggu untuk membicarakan mengenai masalah yang sering di hadapi oleh insan yang bernama manusia. Hanya insan yang tidak lagi mampu untuk berfikir saja yang tidak mempunyai masalah . Selagi kita bernama insan , pasti kita  akan terus menghadapi masalah dan hanya  dengan menghadapi masalah berkenaan dengan cara yang bijak saja dapat mengatasi segala yang kita hadapi. lari dari masalah bukanlah cara yang  betul dan bukan lah cara yang baik untuk menyelesaikan masalah berkenaan. Adakala kita perlu berkongsi dan  mendengar pendapat dari insan yang lain untuk setidak-tidaknya menyelesaikan  masalah yang kita hadapi jika tidak dapat menyelesaikan sepenuh nya. Hantarkan apa saja keluhan dan luahan rasa anda kepada saya Dr luv yang akan cuba  berkongsi maslah dengan anda. Hantarkan nama sebenar dan nama samaran anda. usia, profession , bandar dan Negeri .Hanya masalah yang tidak mampu kami  bantu adalah hutang kepada Along  . Apa yang kami maksudkan di sini adalah berkisar dengan penyakit hati,

Hantarkan kepada : DrLuv@Enkaybeau.com

Tahniah Datuk David Arumugam dan Datuk Khatijah Ibrahim

Posted in Artis Malaysia on February 12, 2009 by enkaybeau

SULTAN AHMAD SHAHPEKAN: Dua penyanyi popular tanah air, David Arumugam dan Khadijah Ibrahim, hari ini dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) membawa gelaran Datuk sempena ulang tahun hari keputeraan ke-78 Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah pada 24 Okt lepas.David atau nama sebenarnya Thiagarajan K.R. Arumugam dan Khadijah adalah antara 66 penerima darjah DIMP yang menerima anugerah masingmasing daripada baginda dalam satu istiadat di Balairung Seri Istana Abu Bakar di sini.David merupakan penyanyi utama kumpulan Alleycats manakala Khadijah berkecimpung lebih 30 tahun dalam industri hiburan tanah air.Ketika ditemui, David berkata anugerah itu merupakan satu penghargaan kepada kumpulan Alleycats yang telah berkecimpung dalam industri hiburan tanah air selama hampir 40 tahun.

“Anugerah ini adalah untuk para peminat kumpulan Alleycats, terima kasih,” kata David.Mendahului senarai penerima pada istiadat hari ini ialah tiga menteri kabinet iaitu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed dan Menteri Kesihatan Datuk Liow Tiong Lai yang masingmasing menerima Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah peringkat pertama, Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP), yang membawa gelaran “Datuk Seri”.Yang turut menerima SSAP ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Muhammad Ismail Jamaluddin dan Pengarah Urusan Malaysia Steel Works Bhd, Tai Hean Leng.Pada istiadat itu juga, tiga orang menerima darjah Sri Indera Mahkota Pahang (SIMP) dan lapan penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang membawa gelaran Datuk, manakala empat orang menerima Darjah Setia Ahmad Shah (SAP), 13 menerima Darjah Setia Mahkota Pahang (SMP), sembilan menerima Darjah Ahli Ahmad Shah Pahang (AAP), tujuh menerima Darjah Ahli Mahkota Pahang (AMP), tujuh lagi menerima Pingat Khidmat Cemerlang (PKC), 14 menerima Pingat Kelakuan Terpuji (PKT) dan 23 menerima Pingat Jasa Kebaktian (PJK

Nyaris kehilangan subang berlian bernilai 1.1 juta paun

Posted in Entertainment on February 12, 2009 by enkaybeau

angelinaKEKASIH dan buah hati pengarang jantung Brad Pitt, Angelina Jolie nyaris-nyaris kehilangan sepasang anting di sebuah hotel di London akibat terlalu leka melayan kerenah anak-anaknya Aktres berbibir tebal dan seksi itu hampir tertinggal anting-anting Asprey bertatah berlian yang bernilai 1.1 juta paund di suite mewah Hotel Dorchester tersebut kerana sikap anak-anaknya yang sukar dikawal.”Staff di hotel itu mendapat panggilan kecemasan dari Jolie apabila aktres itu menyedari yang anting-antingnya tertinggal. Beliau sedang menunggu pesawat untuk ke Amerika sewaktu menyedari episod kehilangan subangnya.”Angelina mendesak pekerja hotel itu menyelongkar suite penginapannya bagi mencari subangnya itu.”Mujurlah selepas membongkar dan menyelongkar suite itu selama 90 minit, subang itu dijumpai dan terus dihantar ke Los Angeles,” jelas pekerja hotel itu pada pemberita.

Jolie menginap di suite itu bersama Brad Pitt dan enam orang anak mereka untuk menghadiri anugerah BAFTA yang diadakan pada hujung minggu lepasDalam perkembangan yang lain pula, pasangan yang masih tidak mahu terikat dengan tali perkahwinan ini dan terkenal dengan kehidupan nomad mereka sudah membuat perancangan untuk berpindah ke Brazil.Dengan rumah yang ada di merata dunia dan kerana kembar mereka, Knox dan Micheline dilahirkan di Perancis, keluarga berbilang kaum Brangelina ini lebih seronok kalau dapat membina kehidupan do Selatan Amerika.

Ibu kepada enam orang anak ini, telah lama mendesak Brad untuk membuat sebuah filem berlatar belakangkan tempat di Brazil setelah dia membuat kunjungan melawat kem pelarian di Costa Rica semasa musim Krismas baru ini.Aktres, berusia 33 tahun, yang membawa watak utama dalam filem ‘Changeling’ mahu mengabdikan diri membuat kerja-kerja amal di kawasan itu.

Satu sumber mengatakan Brad amat suka idea Jolie itu kerana sudah lama mengimpikan peluang untuk menjadi pengembara filem seperti Harrison Ford.Jadi, kesimpulannya keluarga bahagia ini akan ke Brazil pada musim bunga dan Brad tidak sabar untuk ke lokasi bagi pengambaran filem ‘The Lost City of Z’ di mana beliau akan berlakon menjadi Kolonel British Percy Harrison Fawcett, yang hilang pada tahun 1925.

Mawi jadi Badang dalam filem muzikal ‘Magica’

Posted in Artis Malaysia on February 12, 2009 by enkaybeau

mawiKALAU sudah bergelar selebriti ada sahaja kisah yang sentiasa menjadi buruan pihak media.Dari kisah percintaan, kemudian perkahwinan yang digelar ‘Wedding of the Year’ hinggalah ke kisah bulan madu semua cerita itu perlu dikongsi oleh penyanyi bernama Asmawi Ani atau Mawi ini bersama peminatnya.Terbaru, isteri kepada bintang popular ini, Nora’Shikin Rahmat (Ekin), 29 dikatakan menjadi punca pemberhentian pembantu peribadi Mawi yang dilantik oleh Maestro Talent, Wan atau nama sebenarnya Wan Firdaus Wan Ibrahim.

Apabila Wan diberhentikan kerja awal bulan Disember lalu, ada pihak yang mengaitkan pemecatan Wan dengan perkahwinan antara Mawi dan Ekin.Ini memandangkan selepas berkahwin, Ekin telah mengambil alih tugas menjadi pengurus Mawi. Lantaran itu, khidmat Wan sudah tidak diperlukan lagi.

Ada khabar lain mengatakan, Wan ‘dibuang’ oleh Mawi gara-gara untuk memberi ruang kepada isteri menguruskan segala aktiviti seninya.Walaupun begitu, cerita orang tidak semestinya benar. Barangkali terlalu banyak yang telah ditokok tambah, untuk menyedapkan penceritaan.Mawi sendiri tidak terkejut ketika persoalan itu diajukan kepadanya.

Tegas Mawi, sepatutnya kes perlucutan jawatan Wan daripada khidmat sebagai pengurus artis di Maestro itu tidak ada kena-mengena sama sekali dengan dirinya.Bagi Raja SMS ini, dia menerima apa sahaja kritikan yang dilemparkan kepadanya namun jangan sampai mengaibkan.

“Saya tidak kisah apa orang nak kata, saya akan cuba diam saja kalau ia tidak mengaibkan. Bagi saya asam garam dunia artis ini ada sahaja yang nak lihat kejatuhan kita,” kata Mawi yang ditemui selepas sidang media pelancaran Konsert Malam Sinar Maulidurasul 1430H semalam.Baginya, sudah terang lagi bersuluh isteri tercinta tidak terlibat langsung dalam masalah tersebut kerana pihak Maestro yang telah memecat Wan.

 “Ekin memang tidak tahu menahu langsung mengenai hal ini. Semuanya pihak Maesrto yang telah uruskan. Kami dapat tahu pun selepas Wan diberhentikan,” ujar Mawi.Difahamkan pihak Maestro memberhentikan Wan kerana dia melanggar peraturan dan etika sebagai pekerja di syarikat pengurusan tersebut.Menurut Mawi, dia tidak mempunyai hak untuk ‘membuang’ atau mengambil sesiapa bekerja dengan Maestro kerana syarikat berkenaan dikendalikan oleh pengurusan yang profesional.

 Kata Mawi juga, memang betul selepas berkahwin Ekin menjaga dan menguruskan kerjayanya tetapi itu tidak bermakna dia tidak memerlukan khidmat pengurusan daripada pihak Maestro.

“Saya masih bawah pengurusan Maestro. Ekin pula merangkap pengurus peribadi saya. Selepas ketiadaan Wan di Maestro, Azman dan Othman Mahmood atau Liza yang menguruskan jadual dan aktiviti seni saya,” beritahu Mawi lagi.

 Bagi Mawi pula, ujian yang diterima dari mereka bercinta sehingga berkahwin sudah terlalu banyak, jadi dia berharap apa jua cabaran yang melanda tidak akan mengoyahkan bahtera yang baru dibina bersama Ekin.

 “Kami dah lalui macam-macam, tuduhan, fitnah. Alhamdulillah saya bersyukur sangat kami dapat lalui semua itu. Saya rasa lebih baik kami lalui semuanya sebelum kahwin, jadi kami dah ada pengalaman dan tahu macam mana nak atasinya,” katanya.

 Mawi kuat makan

 Menutup kisah tersebut, si pelantun lagu Aduh Saliha ini sememangnya teruja bergelar suami sejak 20 Disember tahun lalu.

 “Memang seronok kahwin, ada orang teman dan masak untuk kita, tapi kena ingat tanggungjawab pun dah bertambah. Dalam masa yang sama kehidupan pun lebih teratur,” kata Mawi.Ekin yang sentiasa menemani Mawi ke mana sahaja setelah mereka berumah tangga mengakui Mawi seorang yang kuat makan namun dia tidak cerewet dalam soal tersebut.

 “Dia memang kuat makan, yang bestnya, Mawi tak cerewet. Kami dua-dua orang Johor, suka makan asam pedas. Jadi saya selalu masak asam pedas ikan, ayam tukar-tukar. Kadang-kadan itu ada juga masak ikan masak kicap. Tengok mood nak masak apa, selalunya tanya jugak kat Mawi dia nak makan apa.

 “Yang bestnya, Mawi pun pandai masak, Nasi Goreng Kampung dia memang sedap. Satu lagi Mawi ni kadang-kadang suka bangun pukul dua atau tiga pagi masak jemput-jemput bilis. Dia suka sangat makan kuih tu,” kata Ekin lebih gemar masak sendiri untuk suami tercinta.

 Idam anak kembar

 Mengakui masih lagi mengekalkan gelaran Cik Wiwi dan Cik Kikin, kedua pasangan romantis ini tidak menolak jika dikurniakan cahaya mata dalam masa terdekat.”Alhamdulillah saya terima saja. Lagi seronok kalau dapat baby kembar seorang perempuan, seorang lelaki. Tapi saya tak kisah jantina apa pun, janji baby sihat dan selamat dah cukup,” kata Mawi suka akan kanak-kanak.

 Sementara Ekin yang berada disebelah Mawi turut mengiyakan kenyataan tersebut.”Memang Ekin pun teringin nak anak kembar. Mesti seronok. Kalau boleh Ekin nak nak rasa sendiri macam mana susah payah mak Ekin jaga Ekin dengan Ain masa kami kecik-kecik dulu,” kata pelakon yang pernah mencipta nama melalui drama bersiri Kawan ini.

 Ekin juga mengakui dia lebih selesa tinggal di rumah jika tiada apa-apa urusan yang menggamitnya keluar, namun pada masa yang sama dia akur dengan kehendak Mawi yang mahu dia menjadi peneman ke majlis-majlis tertentu.

 Bagi juara AF3 ini, tiada salahnya jika dia membawa isterinya ke majlis-majlis tertentu dan itu lebih baik kerana ia dapat mengundang fitnah.”Saya kesian Ekin tinggal kat rumah, lagi pun dia tak buat apa kat rumah. Dari dia kena tinggal sorang-sorang baik saya bawa dia ke mana saya pergi. Biarlah orang nak kata apa pun. Dia bini aku,” ujar Maawi dalam nada bergurau.Jelasnya, dia malas memikirkan soal remeh-temeh kerana karier seni dan rumahtangga ada perkara lebih penting daripada memikirkan cakap-cakap orang.

 Jadi Badang dalam Magica

 Kini bintang realiti AF ini sibuk dengan penggambaran filem muzikal terbaru terbitan KRU Studios Magica, filem ini turut menghimpunkan beberapa nama besar dalam industri hiburan tanah air, antaranya adalah Ziana Zain, Diana Danielle, Vanida Imran, Ogy Ahmad Daud serta ramai lagi.

 Biarpun pada mulanya dia enggan bercerita lanjut, Mawi akhirnya akur dengan permintaan pihak media.”Saya bawa watak Badang dalam filem ini. Seronok la dapat berlakon dan menyanyi dalam filem ini. Watak Badang ini merupakan watak kedua utama dan saya disolek serta akan memakai kostum macam Badang.

 “Watak yang saya bawak dalam filem ini serius dan kebanyakan babak yang dilakukan di kawasan hutan berdekatan dengan FRIM, Kepong. Dalam filem ini saya ada nyanyikan 4-5 buah lagu.”Pengalaman berlakon dalam filem ini betul-betul menarik tapi mencabar kerana saya kena berlakon dan menyanyi dalam masa yang sama. Ada juga babak-babak monolog,” kata penyanyi yang sedang popular dengan lagu Allah Habibi ini.