Maestro dakwa Rock punca Mas sakit?

Mas AF2,akhirnya dibenarkan keluar dari hospital setelah genap seminggu ditahan di hospital berkenaan.

Mas AF2,akhirnya dibenarkan keluar dari hospital setelah genap seminggu ditahan di hospital berkenaan.

KUALA LUMPUR

: Beberapa jam setelah Mas AF2 dibenarkan pulang dari Wad Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur dan kini telahpun berlepas menaiki pesawat pada jam 2.30 petang, pihak Maestro telah mengirim kenyataan melalui emel tentang situasi yang dihadapi oleh Mas.

 Pihak Maestro mendakwa punca sebenar Mas sakit adalah berpunca dari teman lelakinya Rock dan bukan disebabkan oleh kelewatan album.

 KENYATAAN DARI PIHAK MAESTRO YANG DIKIRIMKAN PADA JAM 3.30PETANG

 Mas AF2 ataupun Asma Binti Ghani telah di benarkan pulang daripada Hospital Kuala Lumpur pada pukul 12 tengahari ini, ditemani oleh bapanya dan pegawai daripada Maestro Records En Othman Mahmood.

 Beliau akan pulang ke Tawau pada petang hari ini juga yang akan ditemani oleh bapanya. Perjalanan mereka ke Sabah telah diuruskan oleh Maestro Records.

 Disamping itu jua Mas ingin meminta kerjasama daripada semua pihak untuk memberi ruang kepada beliau untuk berehat dan menenangkan fikiran di kampung halamannya.

 Di sini Mas ingin menyatakan bahawa bukan masalah album yang tertangguh membuatkan ia jadi begini tetapi masalah dalam hubungan dengan teman lelakinya yang dilaluinya yang menjadi punca utama ia menjadi begini.

 Beliau ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang prihatin terhadap dirinya dan mendoakan kesihatan beliau sepanjang beliau berada di hospital

 Mas yang telah ditahan selama seminggu di Wak Psikiatri, Hospital Kuala Lumpur, akhirnya dibenarkan keluar hari ini lebih kurang jam 11.50 pagi.

 Mas yang berpakaian baju hitam dan berseluar jeans dilihat keluar dari wad yang terletak di Tingkat 1 tersebut bersama bapanya, Ghani@Ghani Jivie, 67 dan meninggalkan perkarangan hospital menerusi pintu belakang bangunan tersebut.

 Mas, 29 tahun, tidak menunjukkan sebarang reaksi dan wajahnya tampak sedikit polos dan pucat diringi oleh seorang jururawat dan dua orang pengawal keselamatan sehingga ke lif.

 Ibu tunggal kepada dua orang anak ini dikatakan mempunyai masalah jiwa minggu lepas setelah membuat kecoh dan meracau-racau di Balai Polis Pandan Indah.

 Mas membuat satu laporan polis tanpa menandatangani laporan tersebut dan kemudiannya dimasukkan ke Wad Psikiatri Hospital Besar Kuala Lumpur (HKL) pada awal pagi Rabu lalu.

 Kononnya tindakan Mas itu ada kaitan dengan masalah album yang asyik tertangguh. Namun Ketua Pegawai Eksekutif Maestro, Freddie Fernandez mahupun penerbit album berkenaan, Joe Wings menafikan dakwaan ini.

 Hubungan cinta Mas dengan duda beranak tiga yang dipanggil Rock atau nama sebenarnya Shahrul Azman Mohd. Shahril, 36, juga menjadi salah satu sebab kenapa emosi Mas dikatakan tidak stabil.

 Yang pasti, Mas sehingga saat ini tidak memberi izin kepada pihak hospital membenarkan Freddie mahupun Rock untuk menemuinya.

 Sambil berlalu, Ghani hanya berkata:

 “Mas berada dalam keadaan sihat. Terima kasih kerana mengambil berat tentang dia. Kami akan bawa dia pulang ke Tawau secepat mungkin,” katanya dan terus bergegas keluar.

Ketenangan di kampung halaman diharap mampu memberi kedamaian pada Mas yang selama ini bagaikan menghadapi tekanan untuk terus hidup di bandar Kuala Lumpur yang penuh dengan cabaran.

Menurut sumber dari pihak Melodi TV3, ini adalah kali kedua Mas ditahan di Wad yang sama. Kali pertama ialah pada 4 Disember, 2007.

 Sementara itu, sebentar tadi Pegawai Perhubungan Awam Maestro Talent&Management Bhd, yang lebih dikenali sebagai Man berkata Mas dan ayahnya akan pulang ke Tawau dengan menaiki pesawat Sistem Penerbangan Malaysia (MAS) yang dijangka berlepas pada jam 2:30 petang.

 “Saya baru hantar Mas dan ayahnya ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA) sebentar tadi. Mas nampak ok memang dan tenang masa bersama kami tadi.

 “Mas cakap Rock punca masalah yang dihadapinya sehingga ditempatkan di wad berkenaan.

 “Ayah Mas,En Ghani yang teman dia (Mas) pulang ke Tawau. Kita biarkan Mas tenang dahulu.

 “Insya-Allah kalau Mas sihat nanti dia, memang nak jumpa pihak media untuk beri tahu apa sebenarnya yang berlaku,” ujar Man kepada mStar Online sebentar tadi.

 Tambah Man lagi, tiket kapal terbang untuk membawa pulang Mas ditanggung oleh saudara Mas sendiri namun pada masa yang sama pihak Maestro turut memberi sedikit sumbangan kepada ayah Mas agar dapat meringankan beban yang ditanggung keluarga bintang realiti terbabit.

 Dalam pada itu, kekasih Mas,yang lebih dikenali sebagai Rock berkata dia menghormati pendiirian ayah Mas yang tidak mahu berjumpa dengannya.

 “Saya terima dan hormati apa jua keputusan ayah Mas.Saya redha walaupun ayah Mas tak benarkan saya jumpa dan cakap telefon dengan Mas lagi lepas ini.

 “Saya sangat kecewa bila ayah Mas tuduh saya punca Mas jadi macam tu sedangkan saya yang selamatkan Mas masa kejadian tu.

 “Cuma satu yang saya mintak hormati privasi hidup saya.Saya pun ada maruah dan harga diri,”ujar Rock dalam nada sebak.

 Tambah Rock lagi,dia sangat kecewa bila ayah Mas mengeluarkan arahan kepada pihak hospital melarangnya bertemu dengan Mas.

 “Saya sedih sangat bila dapat tahu dia dah balik Tawau tanpa jumpa saya. Apa salah saya hingga dibuat begini? Saya sangat tertekan bila orang menuduh saya buat Mas masuk wad sakit mental,” ujar Eock yang turut berlakon dalam filem terbaru Senario The Movie:Episod 2.

 Jelasnya,selepas kekasihnya sihat dan mahu adakan sidang media untuk menjelaskan apa yang berlaku mungkin dia tidak akan hadir.

 “Tak apa saya akan tengok dari jauh sahaja lepas ini.Saya dah jalankan tanggungjawab saya sebagai orang yang rapat dengan Mas sebaik mungkin, yang lain-lain itu terserahlah,” katanya mengakhiri perbualan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: