AF7-Tiada penyingkiran minggu pertama

af7 by FayZSpace.

Ramalan ramai pihak bahawa tiadanya penyingkiran dalam konsert sulung Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) menjadi kenyataan dengan tiadanya penyingkiran berlaku selepas kesemua 14 pelajar tamat membuat persembahan sebentar tadi.

Konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil serta dipancarkan melalui Astro Ria (saluran 104) itu turut menyaksikan buat musim kedua berturut-turut penampilan AC Mizal sebagai hos program realiti no 1 negara itu.

14 orang pelajar yang membuat persembahan pada malam itu ialah Adila dengan lagunya Di Bawah Pohon Asmara nyanyian asal Jaclyn Victor, Isma (Sepi/Yuni Shara), Rini (Elergi Sepi/Azharina), Claudia (Sempurna/Andra & The Blackbone), Zizi (Molek/Elyana), Aishah (Dan Sebenarnya/Yuna), dan Rubisa (Matahariku/Agnes Monica).

Manakala senarai pelajar lelaki yang membuat persembahan ialah Qhaud (Phoenix Bangkit/M Nasir), Yazid (Penghujung Rindu/Jamal Abdillah), Sidi (Terima Kasih Cinta/Afgan), Hafiz (Lagu Kita/Aizat), Obri (Jeritan Batinku/P Ramlee), Aril (Rahsia Perempuan/Ari Lasso) dan Akim (Hatiku Kau Luka/Alleycats).

Juga buat pertama kalinya pada musim ini tiga orang pengkritik tetap diperkenalkan oleh Astro iaitu Edrie Hashim, Dato’ Khadijah Ibrahim serta Adlin Aman Ramlie.

Advertisements

6 Responses to “AF7-Tiada penyingkiran minggu pertama”

  1. Suara diorang ok , tapi rupa paras out, yg pompuan nya x ada yang cantik sgt,

  2. bagi aku AF7 gagal, gagal pilih pengritik , mamat tuh sibuk dia yg pilih dan group oditon berjaya , nk rendahkan group odition musim lalu, Khadijah pun gagal , Jurutari gagal, musim lalu pun mrk baru tapi linda berjaya adakan juga tarian menuju puncak , ini buka transformasi ni dah nak basi,

  3. salam.. hafiz d best.. akak suker.. ala masalah pengkritik tu bukan masalah besar.. kadang2 dalam menegur ni cara lembut lagi bagus.. berbanding yang lepas2 semua ganaz2.. takut akak…

  4. akugErsang Says:

    lagi bagus tak singkir orang.. kadang belajar ni tak cukup sekadar 3 bulan.. sedangkan artis yang sedia ada belajar sampai luar malaysia baru meletop.. bagi la mereka masa astro oi!!

  5. Akademi Fantasia 7 -aku rasa AF buat kesilapan besar mengambil Edry Hashim sebagai pengkritik tetap , tidak bermaya dan suka meninggikan diri kononnya nak beritahu semua org bahawa dia memilih yang terbaik, dia lah yg buat oditon dan mendapat rseult terbaik, tak bagis mana pun yg dia pilih tuh,,,,, AF& akan menjadi bosan dgn ada nnya pengkritik seperti adre yg kurang aktif dan kritikan yg tidak berkembang seperti Adlin Aman Ramli

  6. smartguy Says:

    Saya sokong, pengkritik tahun ni bosan sedikit berbanding tahun-tahun lepas… Akak Gali dah takder… bosan sikit… komen semua nak jaga hati.. memang bosan pun..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: