Saya akhirnya terjebak di lembah maksiat II


Malam itu seperti biasa aku bersiap untuk pergi bekerja , maklumlah  bekerja sebagai GRO ini perlu cantik dan seksi , perlu wangi dan berpakaian yang boleh menggoda hati pelanggan. Pelanggan di dang dut ini ada berbagai ragam dan kebanyakan mereka ini orang yang telah berusia dan matang . mereka ini mampu untuk membelanjakan wang yang banyak dan mereka ini juga tidak kedekut terutama kepada gadis-gadis muda seperti kami. Mungkin ramai yang tidak pernah mengalami pengalaman di dang dut tidak percaya  jika aku katakan bahawa mereka ini sanggup berbelanja sehingga seribu lebih semalam.Kerja kami  bukan nya susah sangat , goda mereka dengan senyuman dan lentuk yang lemah dan manja, belai mereka dan manja kan mereka seolah-olah kita menyayangi mereka lebih dari isteri mereka menyayangi mereka , Kita perlu berlakon sedikit seolah-olah dia sudah jatuh cinta dengan mereka. Kebanyakan mereka yang datang ini adalah terdiri dari orang yang kurang perhatian dirumah yang rindu kan belaian dan kasih sayang. Mereka ada duit tapi sukar untuk mendapat penghargaan dan sukar untuk mendapat belaian gadis muda dan cantik.

Kebiasaan, dangdut tutup jam 4 pagi, ikut mereka pergi makan sudah satu jam dan ianya  hampir  menjelangnya subuh dan mereka terpaksa balik ke rumah kerana isteri menunggu. “bang saya  kena balik tiap malam , sebab teksi yang saya sewa bulanan sudah menunggu saya dan saya balik dengan sepupu saya yang tinggal serumah, kita jumpa esok saja ya bang, alasan yang sering diberikan kepada mereka.

Aku benasib abik kerana seorang ahli perniagaan yang aku kira tidaklah dalam kategori orang yang menarik kini sudah terpikat dengan ku, setiap malam dia akan datang dan biasanya sebelum dia  datang dia akan  menghubungi ku dahulu . “malam ini abang datang, jangan ambil booking orang lain.” biasanya aku akan menjawab, : memangnya ayang tunggu abang, kalau abnag ak datang akan muram hidup ayang malam ini.” Biasanya jika dia datang pada jam  12 malam dan hanya duduk dengan aku hanya  4 jam , aka akan pujuk dia, “bang kasi lah 10 jam bang…….. ”
Booking sejam Rm38 dan aku dapat RM30 untuk sejam , jika 10 jam , gaji ku sudah RN300, belum lagi duit air komisen air yang aku minum.Bisanya aku akan diberikan tips RM100 semalam .

Setiap malam pelanggan ku akan datang dan aku seolah-olah sudah jatuh cinta dengan nya dan ada kala aku buat-buat cemburu  apabila dia melihat GRO lain di dalam dang dut berkenaan. Ada kala kami berpakat sesama sendiri dan meminta kawan sekerja ku seolah -olah terpikat dengan dia. Tentu sekali si tua ini merasa bangga seolah-olah dia masih hensem dan ramai GRO yang mahukan dia, Aku akan sering cemburu dan sepanjang malam dia akan memujuk ku .

Hampir 3 bulan lamanya aku  bersama nya setiap malam , namun berbagai alasan aku berikan apabila dia mahu berjumpa dengan ku . Cuma bila aku mahukan dia membayar sewa rumah ku atau mahu menambil duit darinya untuk dihantar ke kampung , aku akan berjumpa dengan nya , biasanya aku akan mebawa bersama teman ku. tapi apabila dia mengajak aku pergi shopping, aku akan ikut dia dan membeli pakaian dan apa juga yang berkenaan dihati ku. Dia tak kesah malahan berbangga bila keluar dengan ku seolah-olah  orang cemburu melihat dia mepunyai Girl Freind yang cantik.Kehidupan aku agak mewah dan aku dapat menyimpan sedikit wang pemberian nya untuk masa susah ku , maklumlah tinggal di perantauan.

Pada satu malam , aku terasa badan ku tidak berapa sihat , aku rasa macam tak larat untuk ke temnpat kerja sedangkan aku sudah berjanji akan menerima booking pelangan ku ini seperti biasa. Aku menghantar pesanan  SMS kepadanya bahawa aku tidak sihat. Dia hanya menjawab,”ok tak apa lah.” . Aku terus berbaring dikatil ku dan terus terlelap. Tiba -tiba aku dengar pintu ku diketuk. Bila ku lihat  jam tangan ku ianya  hampir pukul  lima pagi. Siapa pula yang mengetuk pintu bilik ku ini,fikir ku lantas aku bangun dan membuka pintu bilik ku. Aku terperanjat apabila melihat kelibat pelanggan ku berdiri di hadapan ku. “Ishhh abang, abang buat apa di sini” soal ku .Tiba -tiba  pelangan ku tadi naik berang , “Oh beribu duit aku habis , rupa-rupanya kamu tipu aku, siapa jantan yang tidur dengan kamu itu? ” bentaknya kuat,

Aku tidak dapat berbuat apa-apa , berlakulah satu pergelutan antara  pelanggan aku tadi dengan teman lelaki aku . Aku tidak sangka pergaduhan ini menjadi begitu buruk sekali apabila teman lelaki ku menghentak kepalanya dengan sebatang kayu. begitu banyak sekali darah yang mengalir di kepala pelangan aku dan dia tidak sedar kan diri. Entah siapa yang menghubugi polis. Tiba-tiba saja  aku lihat sudah ada polis di rumah ku . Aku dan teman lelaki ku dibawa ke balai polis dan kami ditahan selam beberapa hari. Ketika itu aku terbayang wajah ayah dan ibu di kampung ……. bersambung……

Advertisements

8 Responses to “Saya akhirnya terjebak di lembah maksiat II”

  1. aduh …bersambung pulak, ckp aja lah apa berlaku lepas tuh..kena penjara ke…kena antar balik indon ke….wei kasi lah tahu…potong ahhhh , aku ikut dari siir 1, ada lagi lak tuh…agak2 lah……. kat mana aku nak cari awek ni, nombor berapa ……nama apa ? tentu nama dah tukar , suse ke pinky ke….. Dangdut aku rasa aku tahu….

  2. smartguy Says:

    takkan la balik indon mirza…mesti dekat club2 mana-mana kat malaysia.. pergi la cari…ehehhe

  3. biasa ini semua.. lumrah dunia akhir zaman… percayalah semua ini ujian tapi jika kita bijak cari jalan penyelesaian mesti kita boleh survive walau apa pun dugaan..

  4. ape kesudahannya ni.. bile nak bersambung ni… bru klimaks cte, potong btul la…

  5. keKambing Says:

    aku smbg la..
    Ketika itu aku terbayang wajah ayah dan ibu di kampung.. eh, aku terbayang wajah ketua kampung rupa2nya.. aku betul2 lupa wajah ayah dan ibu.. erk, rambut panjang ayahkan? yang bermisai tu ibu kan? aku betul2 lupa yg mane ayah yg mane ibu..

    Gedebam!!! Polis menghentak tgn nya yg besar di meja.. aku terkejut.. “korang nak main polis sentri ke tak ni??” kata brader polis dgn muka bengang setelah melihat aku berfikir panjang. Aku hilang fokus kerana lupa yg mane satu ayah & ibu.. Bos aku masuk.. aku smbg lainkali

  6. macam pengalaman sendiri yerr

  7. […] @Saya akhirnya terjebak di lembah maksiat 11 […]

  8. […] Top Posts Saya akhirnya terjebak di lembah maksiat II 1239 views […]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: