Apa kata artis popular mengenai kepimpinan Pak Lah

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi (kiri) dan timbalannya Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak selepas masing-masing menghadap Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di Kuala Lumpur, semalam. Abdullah menghadap Seri Paduka bagi menyerahkan surat melepaskan jawatannya dan memohon perkenan Seri Paduka melantik Najib sebagai penggantinya. KEPIMPINAN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah beralih tangan kepada Perdana Menteri yang baru, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak berkuatkuasa hari ini. Abdullah melepaskan jawatan Perdana Menteri selepas menerajui negara selama lebih lima tahun.

Siti doakan keselamatan, kebahagiaan dan semoga kehidupan Pak Lah lebih dirahmati. Penyanyi nombor satu negara,

Datuk Siti Nurhaliza Tarudin yang dihubungi semalam memuji keperibadian Pak Lah dan menyifatkan beliau sebagai pemimpin lemah-lembut dan berbudi pekerti. “Sebagai bekas pemimpin yang saya hormati selepas pernah beberapa kali berjumpa dan bercakap secara peribadi dan seperti yang semua kenali, dia merupakan seorang yang ‘down to earth’, berhati mulia, mesra rakyat dan melayan tetamu dengan baik. “Sampai satu masa beliau perlu mengundurkan diri, banyak kenangan yang beliau tinggalkan buat kita. “Beliau bukan sahaja seorang Perdana Menteri yang pendiam tetapi juga seorang yang lemah-lembut dan berbudi pekerti. “Saya juga tidak akan lupakan pengalaman ketika bersama dengan pemimpin lain. “Pak Lah mempunyai cara pemerintahannya tersendiri. “Sebagai rakyat Malaysia dan mewakili artis, saya mendoakan semoga kehidupan Pak Lah lebih dirahmati. “Sebelum ini beliau telah melalui satu tempoh berkhidmat untuk rakyat tetapi selepas ini, bolehlah beliau menikmati kehidupan untuk diri-sendiri pula. “Kita sentiasa mendoakan keselamatan dan kebahagiaan Pak Lah,” ujar Siti yang baru selesai menjayakan persembahan sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra ke-59 di Kota Bahru pada 1 April lalu.

Mawi kagum dengan semangat Pak Lah Bagi penyanyi yang popular dengan gelaran ‘Raja SMS’ Asmawi Ani atau Mawi, dia kagum dengan semangat Pak Lah. “Saya kagum dengan diri, semangat dan kerja Pak Lah. Mawi kagum semangat Pak Lah. “Jadi, saya ingin mengucapkan tahniah sepanjang beliau menjalankan pemerintahannya,” luah Mawi yang sedang sibuk dengan Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008).

Aziz Sattar: Lagu ‘Berkorban Apa Saja’ metafora Pak Lah “Saya menganggap pengorbanan Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) sebagai suatu pengorbanan yang mulia ibarat lagu P. Ramlee ‘Berkorban Apa Saja’,” komen pelakon terkenal Datuk Aziz Sattar. Mencungkil sedikit bait lirik lagu tersebut, Aziz yang lebih mesra dengan gelaran Pak Aziz ini menganggap ia mempunyai kaitan dengan apa yang berlaku kepada Pak Lah sekarang. “Bait lirik dalam lagu itu banyak berlaku kepada keadaan politik termasuk Pak Lah sendiri sekarang ini. “Antara apa yang terkandung dalam lirik lagu itu, ada benarnya. Aziz bersama trofi yang diraih sepanjang bergelar artis. “Pengorbanan Pak Lah paling besar dalam sejarah Malaysia. “Belum sampai waktu, beliau perlu berkorban apa saja, harta atau pun nyawa, itulah kasih mesra, sejati dan mulia, kepentingan sendiri tak diingini, kepentingan bangsa itulah yang dihadapi,” tutur Pak Aziz mengambil sedikit pantun dari filem Hang Tuah ciptaan Allahyarham P. Ramlee dan senikata oleh Jamil Sulong. Tambah Pak Aziz, pantun tersebut bertepatan dengan pengorbanan bekas PM yang menarik diri dengan hati yang luhur. “Mudah-mudahan pengganti beliau dapat memberi satu perkembangan yang lebih baik daripada Pak Lah. Insya-Allah. “Seperti senikata Allahyarham P. Ramlee dalam Semerah Padi iaitu ‘Biar busuk daging ku mamah, asalkan kau tidak tercemar’. “Maksudnya, biar apa tohmahan yang berlaku kepada Umno sekarang ini, telan sahaja walaupun pahit asal Umno tidak tercemar. “Saya juga berharap ahli Umno bersatu dan tidak mengecilkan hati antara satu sama lain. Bantulah agama dan negara kita,” ulas Pak Aziz yang bijak menganalisa senario politik ketika dihubungi. Pak Aziz juga sempat merakamkan ucapan tahniah kepada Pak Lah: “Tahniah dan terima kasih atas pengorbanan selama lima tahun ini..”

Tiara: Pak Lah pemimpin ‘fatherly’ Dalam pada itu, pelakon dan produser tersohor Datin Seri Tiara Jacquelina berkata menerusi Khidmat Pesanan Ringkas (SMS): Datin Seri Tiara akan merindui Pak Lah dan isterinya. “Pada beberapa kali yang saya sempat bersembang dengan Pak Lah, saya mendapati beliau adalah seorang pemimpin yang ‘fatherly’ dan kita rasa ‘so comfortable’ dengannya. “Pak Lah juga seorang penyokong seni tanahair. Walaupun dengan jadualnya yang dah tentu padat pun, dia hadir memberi ‘support’ kepada kerja-kerja seni saya seperti muzikal P. Ramlee dan Puteri Gunung Ledang, tidak ketinggalan juga memberi sokongan moral kepada produksi tempatan yang lain.

“Kami amat menghargainya. ‘I will really miss him and his lovely wife Datin Seri Jeanne’.”

Sementara itu, penyanyi yang terkenal dengan tagline ‘terima kasih’ vokalis Alleycats, Datuk David Arumugam berkata dia masih teringat apabila Pak Lah menghadiri Konsert Senandung Semalam Bersama Alleycats di Istana Budaya pada tahun lalu. “Saya masih ingat lagi yang Pak Lah datang ke konsert Alleycats di Istana Budaya. “Saya berasa gembira apabila beliau menyukai lagu Sampaikanlah Salam yang menjadi ‘trademark’ Alleycats,” ulasnya ringkas.


David (Alleycats): Gembira Pak Lah suka lagu Sampaikanlah Salam Thiagarajan K.R Arumugam atau lebih dikenali dengan nama David Arumugam menunjukkan darjah Johan Setia Mahkota (JSM) kepada isterinya, Sabrina Clyde selepas Istiadat Penganugerahan Bintang dan Pingat oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara di Kuala Lumpur, hujung tahun lalu.

Advertisements

4 Responses to “Apa kata artis popular mengenai kepimpinan Pak Lah”

  1. tahniah , DS najib , Selamat Bersara PaK Lah semoga Allah memberikan ketenangan kepada Pak Lah , terima kasih krn telh menjaid Pedana Menteri Malaysia yang ke 5,

  2. Selamat bersara , PakLah semoga allah melindungi mu dan memberkat perjalanan hidup mu seterusnya.

  3. moga Tun PakLah sentiasa sejahtera..

  4. aku harap Najib teruskan usaha Tun Pak Lah kearah negara yang leboh berjaya..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: