Kes bunuh Altantuya: Azilah fail notis rayuan ketepi hukuman gantung

SHAH ALAM: Tertuduh pertama kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri yang dijatuhi hukuman mati semalam memfailkan notis rayuan hari ini.Peguam J. Kuldeep Kumar mengemukakan notis rayuan ke atas sabitan dan hukuman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 4.15 petang.

Peguam Ahmad Zaidi Zainal yang mewakili Koperal Sirul Azhar Umar, tertuduh kedua yang turut dijatuhi hukuman yang sama memberitahu pemberita bahawa pihaknya akan berbuat demikian (fail rayuan) Isnin ini.

Semalam, Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Zaki Md Yasin memutuskan kedua-dua anggota unit tindakan khas (UTK) itu dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah membunuh Altantuya, 28, di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja dekat sini antara pukul 10 malam, 19 Oktober dan 1 pagi, 20 Oktober 2006.

Sebelum ini, Azilah, 33, dan Sirul Azhar, 37, dibicarakan bersama-sama Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia (MSRC), Abdul Razak Abdullah Baginda, 48, yang dituduh bersubahat membunuh Altantuya.

Bagaimanapun pada 31 Oktober tahun lepas, penganalisis politik itu dilepas dan dibebaskan tanpa perlu membela diri setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan elemen penting dalam pertuduhan bersubahat

Advertisements

4 Responses to “Kes bunuh Altantuya: Azilah fail notis rayuan ketepi hukuman gantung”

  1. sesiapa yang mahu berkenalan dengan saya sila emailkan ke cindai85@gmail.com. sayalah orang yg di maksudkan dalam

    Saya akhirnya terjebak di lembah maksiat II

    Saya akhirnya terjebak di lembah maksiat

  2. saya mahu pulang ke Indonesai tapi x punya wang, baca lah kesah sedih saya- dan email kpd saya cindai85@gmail.com
    Saya akhirnya terjebak di lembah maksiat II

    Saya akhirnya terjebak di lembah maksiat
    sesiapa yang mahu berkenalan dengan saya sila emailkan ke cindai85@gmail.com. sayalah orang yg di maksudkan dalam Saya akhirnya terjebak di lembah maksiat II Saya akhirnya terjebak di lembah maksiat
    cindai85@gmail.com

  3. enkaybeau Says:

    Kepada pembaca , kami memohon maaf kerana kami mendapat laporan bahawa ada seorang gila yang baru rerlepas dari TR telah emnghantar komen di sini , maafkan lah dia – maafkan si Cindai ini, TQ

  4. bab politik pon nak masuk dalm blog ni, tak sesuai langsung!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: