Sidi tersingkir

Akhirnya selepas berjuang selama 5 minggu Sidi atau nama sebenarnya, Mohd Rashidi Mohamad Isa terpaksa akur dengan keputusan Afundi SMS yang tidak berpihak kepadanya malam tadi.Beliau yang mendendangkan lagu Cinta Yang Sempurna berduet dengan Zahid AF2 gagal memikat hati penonton walaupun sudah bertungkus-lumus memperbaiki kelemahannya setiap kali melakukan persembahan.

Konsert yang bersiaran secara langsung menerusi Astro Ria (Saluran 104) ini menampilkan kelainan apabila buat julung kalinya memberi peluang setiap pelajar berduet dengan bintang Akademi Fantasia (AF) seperti Vince, Zahid, Mila, Farah, Marsha, Yazer dan Heliza.

Acara yang diadakan di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil menyaksikan pelajar wanita iaitu duet Claudia & Vince (Kau Muzik Di Hatiku/ Jacyln Victor & Vince), Aishah & Aiff Aziz (Dua Hati Menjadi Satu/ Gita Gutawa & Dafi), Isma & Zul 2 By 2 (Kau Mawarku/ Dato’ Siti Nurhaliza & 2 By 2).

Manakala persembahan pelajar lelaki adalah Yazid & Yazer (Terharu/ Jamal Abdillah & Mawi), Aril & Marsha (Aku Dan Dirimu/ Ari Lasso & Bunga Citra Lestari), Qhaud & Heliza (Dibius Cinta/Yusry & Melly Goeslow), Hafiz & Mila (Terlanjur Cinta / Rossa & Pasha Ungu) dan Akim & Farah (Jika Kau Tiada/Erra Fazira & Yusry).

Sementara itu, selain persembahan individu, setiap pelajar turut bergabung tenaga dengan persembahan pembukaan yang mendendangkan lagu Lucky nyanyian asal Jason Mraz dan Colbie Caillat.

Dengan penyingkiran Sidi bermakna tinggal lapan lagi pelajar yang akan meneruskan perjuangan mereka meraih gelaran juara AF7. Pengkritik yang bertugas minggu ini adalah Edrie Hashim dan Dato’ Khatijah Ibrahim. Adlin Aman Ramlie yang terbabit sebagai hos Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 pula digantikan dengan handalan, Adibah Noor.

Gambar dan sumber ~ Murai.com.my

Advertisements

3 Responses to “Sidi tersingkir”

  1. Ada yang berkata akhirnya tamat sudah siksaan sidi dalam af7. ya mungkin kenyataan ini ada kebenarannya kerana pada saya sidi seharusnya pelajar terawal yang tersingkir jika bukan berdasarkan undian SMS, apa2 pun konsert yang 5 ini yang paling happening setakat ini, apalagi pasangan duet yang betul2 memukau penonton pada saya ialah pasangan marsha dan aril dan aishah dan alif aziz, hei…hei..aril boleh diberi anugerah lelaki paling romantik, cukup pakej, suara tersendiri, good looking, funny, pasti ramai gadis jadi cair melihat aril, gaya manjanya yang tersendiri apalagi bila ramai yang mengetahui dia ni ada motosikal warna pink akan masih merindukan batal peluk busuknya di samping patung teddy bear yang menemani tidur malam-malamnya sebelum ini, ah…….aku juga telah jatuh hati pada aril wahal pada asalnya bagiku dia biasa saja, kini ku tahu dia memang ada pesona semulajadi….aku ingin juara itu milik Aril….

  2. saya setuju aril ada lah pasangan yang paling mantoooooop pada malam itu

  3. aril???aku tak nafikan yg aril ada bakat…tp bg aku dia biasa je…sama dngan plajar lain…mgkn korang m’nyukainye kerana motor dia warna pink..dia tdur bertemankan bantal busuk&tedy bear…aril seorang lelaki yang berhati lembut

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: