Nabil Akhirnya Rampas Gelaran Mawi!

mainpixiOleh Ellyna Ali

GENTING HIGHLANDS, 13 APRIL 2009: Juara Raja Lawak 2, Ahmad Nabil Ahmad atau lebih dikenali sebagai Nabil, telah dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular pada Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2008 (ABPBH08) yang sebelum ini disandang oleh Raja SMS, Mawi.

Dengan kemenangan itu, Nail meraih hadiah barang kemas tajaan Rafflesia The Pearl Centre bernilai RM150,000, kereta Nissan Sylphy (2.0) tajaaan Edaran Tan Chong Motor berharga RM109,000, perabot Empire Classic Furniture bernilai RM30,000 serta pakej penginapan bernilai RM8,000 tajaan Hotel Palace of the Golden Horses, selain trofi.

Trofi Bintang Paling Popular 2008 itu disampaikan Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk Hishamuddin Aun yang diiringi Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Manja Ismail, di majlis kemuncak ABPBH2008 di Arena of Stars, malam tadi

Nabil, 26, meraih 127,524 undi sekaligus menewaskan nama-nama besar lain seperti Mawi, Dato’ Siti Nurhaliza, Haji Aznil Haji Nawawi dan Meet Uncle Hussain. Dalam majlis itu juga Nabil turut meraih anugerah dalam 2 kategori lain iaitu Artis Komedi Lelaki Popular dan Artis Baru Lelaki Popular.

Majlis yang bertemakan Sentuhan Tenun itu turut disiarkan secara langsung melalui TV3 serta Hot FM. Anugerah Percapaian Sepanjang Hayat pula diberikan kepada Raja Pop, Jamal Abdillah berdasarkan sumbangan beliau memartabatkan industri muzik tanah air sepanjang pembabitannya dalam dunia seni selama 30 tahun.

Turut mencipta sejarah berulang pada malam tersebut ialah Dato’ Siti yang mempertahankan gelarannya selama 12 tahun berturut-turut bagi kategori Penyanyi Wanita Popular sementara Aznil pula terus menjulang trofi Pengacara TV Lelaki Popular bagi 6 kali berturut-turut.

Kumpulan Rabbani juga mencipta kejayaan yang dijangkan apabila mengekalkan kemenangan mereka menerusi kategori Artis Nasyid Popular bagi 8 tahun berturut-turut.

Lebih 5,000 penonton hadir menyaksikan acara lebih 2 jam itu yang dihoskan pasangan pelakon dan pengacara sensasi, Sharifah Shahira dan Adlin Aman Ramlie. Penyanyi yang membuat persembahan ialah Stacy, Aizat, Siti Sarah, Ayu OIAM, Diddy Hirdy, Jeffrydin, L Ramlie, Jamal Abdillah, Dato Siti, Kristal, Farah Asyikin, Faizal Tahir, Anita Sarawak dan Hujan.

ABPBH08 anjuran Berita Harian yang memasuki edisi ke-22 itu terus bertahan sebagai antara majlis pengiktirafan paling berprestij dalam dunia hiburan tanah air kerana menggabungkan semua penggiat seni termasuk dalam bidang perfileman, muzik dan penyiaran.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: