Tomok jutawan OIAM musim ketiga

Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail yang pada

awalnya `tersingkir’ berjaya menjuarai One In A Million (OIAM) musim ketiga

sekali gus meraih RM1 juta, semalam.Ini kerana sebelum persembahan bermula,

pengacara Marion Caunter mengumumkan penyanyi utama New Boyz itu tersingkir

ekoran mendapat jumlah undian khidmat pesanan ringkas (SMS) terendah sepanjang

minggu lalu.Bagaimanapun, Tomok seolah-olah `mati hidup kembali’ apabila orang

ramai membuat keputusan mengkehendaki tiga finalis beraksi di peringkat akhir.

KUCUPAN DAN DAKAPAN ibu bapa tersayang mengiringi kejayaan Tomok.

Sebelum ini, mereka berpeluang berbuat demikian menerusi undian

di laman web http://www.8tv.com.my/oiam.

Ternyata Tomok membalas kepercayaan mereka dan menterjemahkan

peluang keemasanitu dalam bentuk persembahan terbaik pada malam itu.

Tomok membawakan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu

Terhenti yang merupakan lagu baru ciptaan Aubrey Suwito dan dilirikkan Tinta S.

TIGA FINALIS OIAM …(dari kiri) Esther, Tomok dan Aweera.

Penyanyi berusia 24 tahun itu dalam sidang akhbar berkata, dia bersyukur

diberi peluang untuk membuktikan keupayaan.”Saya memanfaatkan

peluang itu dengan memberikan apa-apa yang termampu. Alhamdulillah,

saya berjaya akhirnya selepas menghadapi pelbagai dugaan dan cabaran,” katanya.

Dalam sidang akhbar itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8tv, Ahmad Izham Omar

mengumumkan Tomok meraih undian SMS tertinggi sebanyak 39.3 peratus

diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera (27.41 peratus).

Advertisements

One Response to “Tomok jutawan OIAM musim ketiga”

  1. bg pendapat sy..oim tidak sepatutnye membenarkan artis menyertai penyertaan ini kerana artis ada pengalaman dlam bidang nyanyian…so diorg mmg leh menang sb dia artis..klu leh tahun depan bg lah peluang pd org yg bkan artis….diorg pon ingin merasa jd artis..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: