Hafiz juara AF7

Tiada kejutan – seperti yang dijangka Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 19, (gambar) atau mesra dengan panggilan Hafiz muncul sebagai juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) dalam konsert akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dekat sini malam ini.

Melontarkan kekuatan vokal, Hafiz berjaya menafikan cubaan Ismaliza Ismail (Isma) dalam mengekalkan penguasaan pelajar wanita selaku juara yang sebelum ini dimiliki Stacie Angie Anam (Stacy) melalui AF6 dan Noorsyarmilla Jirin atau Mila (AF5).

Malah, impian Khairil Azam Pilus atau Aril untuk mengulangi kejayaan Asmawi Ani (Mawi) yang pernah tersingkir dan bergelar juara sebaik dibawa memasuki semula ke dalam AF3, nyata tidak mampu dilakukannya selepas disekat dengan persembahan memukau Hafiz.

Aril, 24, merupakan bekas pelajar yang disingkirkan selepas mendapat kedudukan tercorot di minggu ketujuh dan menyertai semula akademi menerusi undian AFMASUK manakala Isma, 30, satu-satunya pelajar wanita yang berjaya melangkah ke konsert akhir AF7.

Kemenangan Hafiz selaku pelajar Sarawak pertama bergelar juara dalam siri saingan Akademi Fantasia itu membolehkannya membawa pulang wang tunai RM20,000 tajaan Astro.

Sementara itu, Aril, pelajar berasal dari Kuala Lumpur, menduduki tempat kedua dan membawa pulang wang tunai RM10,000 tajaan Astro.

Tempat ketiga dimenangi Afiq Hakim Ahmad (Akim), 18. Pelajar bernama Mohd. Yazid Kamal Ibrahim, 22, dan Isma pula masing-masing menduduki tangga keempat dan kelima.

Advertisements

2 Responses to “Hafiz juara AF7”

  1. aku puas ati sb yg mnang adalah hafiz…aku happy sngat sb hafiz mnang…tahniah hafiz…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: