Archive for the AF KE 7 Category

Hafiz juara AF7

Posted in AC MIZAL, AF KE 7, Artis Malaysia, Entertainment on May 17, 2009 by enkaybeau

Tiada kejutan – seperti yang dijangka Mohd. Hafiz Mohd. Suip, 19, (gambar) atau mesra dengan panggilan Hafiz muncul sebagai juara Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) dalam konsert akhir yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil dekat sini malam ini.

Melontarkan kekuatan vokal, Hafiz berjaya menafikan cubaan Ismaliza Ismail (Isma) dalam mengekalkan penguasaan pelajar wanita selaku juara yang sebelum ini dimiliki Stacie Angie Anam (Stacy) melalui AF6 dan Noorsyarmilla Jirin atau Mila (AF5). Continue reading

Sidi tersingkir

Posted in AF KE 7 on April 11, 2009 by enkaybeau

Akhirnya selepas berjuang selama 5 minggu Sidi atau nama sebenarnya, Mohd Rashidi Mohamad Isa terpaksa akur dengan keputusan Afundi SMS yang tidak berpihak kepadanya malam tadi.Beliau yang mendendangkan lagu Cinta Yang Sempurna berduet dengan Zahid AF2 gagal memikat hati penonton walaupun sudah bertungkus-lumus memperbaiki kelemahannya setiap kali melakukan persembahan. Continue reading

Pensyarah AF nak cover line…..

Posted in AF KE 7 on April 5, 2009 by enkaybeau

Banyak kelemahan yang begitu ketara berlaku dalam AF7 kali ini dan walaupun sudah konsert 4 , pelajar masih di takuk lama .Yazid dan sidi langsung tidak ada perubahan . kelemahan pertama adalah dari segi kiografi yang kelam kabut dan entah apa-apa dan jika kita lihat dari segi persembahan tiap-tiap penyanyi tidak menentu. Dari segi suara hanya ada beberapa penyanyi saja yang nampak peningkatan seperti Hafiz ,Isma , Claudia , Aishah dan Zizi , malangnya Zizi telah tersingkir di minggu yang keempat ini. Continue reading

Aril & Qhaud Perlu disingkir demi nama baik AF

Posted in AF KE 7 on March 27, 2009 by enkaybeau
Demi nama baik AF , mereka perlu disingkir

Demi nama baik AF , mereka perlu disingkir

Aril dan Qhaud perlu menjelaskan segera kedudukan hubungan mereka atau akan tersingkir kerana gambar yang membayangkan mereka mempunyai hubungan diluar tabii telah tersebar luas,. Pengetua akademi fantasia perlu melakukan sesuatu. Tetapi apa yang dapat kita lihat pelajar kali ini kurang disiplin dan over react cuba menonjol; diri. Tidak seperti pelajar-pelajar tahun tahun sebelum nya yang begitu komited kepada pembelajaran. Saya salahkan Andre Hashim yang punyai daya pilihan yang teruk . dari segi imej mereka tidak datang secara pakej, Lihat saja pelajar perempuan pada tahun ini, jika mereka menang sekali pun produk ini tidak mungkin dapat dijual. Inilah kegagalan mereka yang membuat odition pada tahun ini yang begitu gah konon nya mereka pilih yang terbaik.Sebenarnya produk AF , konsep konsert , pengacara , pengkritik melainkan ADLIN boleh kita sifatkan sebagai gagal. Singkir Aril dan Qhaud , dua- dua sekali minggu ini, AF terpaksa lakukan ini bagi menyelamatkan imej baik AF.

Transformasi VS Tradisi

Posted in AF KE 7 on March 16, 2009 by enkaybeau

2KONSERT minggu pertama Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang berlangsung pada Sabtu lalu nampaknya tidak menghampakan. Ada peserta yang dilihat sudah mampu menyerlah musim ini meskipun perjuangan mereka di dalam program realiti popular ini baru bermula.

Ternyata, transformasi ‘kecil’ sudah boleh dilihat di dalam diri beberapa peserta yang tidak mengambil masa yang lama untuk membuktikan kemampuan masing-masing. Namun, adakah prestasi kebanyakan peserta ini akan terus konsisten saban minggu? Continue reading

AF7-Tiada penyingkiran minggu pertama

Posted in AF KE 7 on March 14, 2009 by enkaybeau
af7 by FayZSpace.

Ramalan ramai pihak bahawa tiadanya penyingkiran dalam konsert sulung Akademi Fantasia musim ke-7 (AF7) menjadi kenyataan dengan tiadanya penyingkiran berlaku selepas kesemua 14 pelajar tamat membuat persembahan sebentar tadi.

Konsert yang bersiaran secara langsung dari Dewan Sri Putra, Bukit Jalil serta dipancarkan melalui Astro Ria (saluran 104) itu turut menyaksikan buat musim kedua berturut-turut penampilan AC Mizal sebagai hos program realiti no 1 negara itu. Continue reading

AF 7 tidak sampai dihati

Posted in AF KE 7 on March 14, 2009 by enkaybeau

2Akademi Fantasia  sudah memulakan konsert yang pertama dan seperti yang dikatakan oleh pengkritik bahawa calon-calon pada tahun ini mempunyai taraf dan kualiti yang terbaik di antara pelajar akademi fantasia yang lalu . memang kita akui  kualiti mereka dari segi suara sememangnya lebih baik . namun jika kita bandingkan penampilan mereka , pelajar tahun ini tidak lah sehebat mana  yang boleh kita pakej kan sebagai seorang penyanyi melainkan dua orang pelajar lelaki seorang dari Sarawak (Hafiz) dan seorang dari Kuala Lumpur (Aril) yang tidak perlu kita sebutkan nama mereka, Continue reading