Kulit Berminyak Merunsingkan Anda???

Kulit Berminyak?? Tidak perlu risau, enkaybeau sedia membantu anda.

Pertama.. Perlu fahami apakah punca sebenar kulit berminyak.

Teman ringkaskan, kulit berminyak adalah hasil pengeluaran berlebihan sebum (bahan berminyak yang dikeluarkan secara semulajadi oleh kulit). Seperti adalah diketahui, sebarang lebihan adalah tidak baik, terlalu berlebihan sebum juga dikhuatiri mendatangkan masalah.

Diantara masalahnya adalah ia lebih mudah terbentuknya butir-butir/jerawat lalu menutup liang-liang roma kulit seterusnya mengakibatkan pengumpulan sel-sel mati yang meninggalkan kesan/parut. Ia juga boleh merosakkan kulit jika tiada penjagaan yang rapi.

Oleh itu, penjagaan bagi kulit berminyak perlu diberi perhatian sepenuhnya bagi individu terlibat berbanding jenis kulit yang lain. Penjagaan kulit berminyak yang rapi adalah bertujuan bagi menghapuskan lebihan sebum atau minyak daripada kulit. Bagaimanapun, penjagaan yang rapi tidak semestinya menghalang pengeluaran minyak daripada kulit tanpa mengetahui bahan yang betul.

Perlu di utamakan didalam penjagaan kulit berminyak adalah bahan pencuci yang betul bermula daripada cleanser sehinggalah krim pencerah. Jika hendak mencari bahan pencuci, carilah bahan pencuci yang mengandungi asid salisilik/salicylic iaitu ia satu asid beta-hidroksida kuat yang melambatkan kadar pengeluaran sebum/minyak.

Perlu diingatkan, wajah perlu dibersihkan sekurang-kurangnya dua kali satu hari (jika alahan pada haba atau kelembapan bersihkanlah mengikut arahan doctor terpilih) Kebanyakan produk untuk penjagaan kulit berminyak ialah bebas minyak dan perlulah melihat butir-butirnya kandungan terlebih dahulu sebelum membeli .

Ini adalah penting terutamanya jika satu produk dikhaskan untuk semua jenis kulit selain produk khas penjagaan kulit berminyak. Bagi individu tidak terlalu gemuk dan aktif, penjagaan kulit berminyak perlu diutamakan kerna ia bergantung pada tahap pengeluaran minyak itu sendiri.

Bagi kulit pengeluaran minyaknya terlalu aktif, penjagaannya perlu lebih diberi perhatian dimana perlu menggunakan toner khas(untuk kulit berminyak) iaitu selepas permbersihan wajah tetapi awas, penggunaan berlebihan akan merosakkan kulit anda. Seterusnya, penggunaan pelembab juga diantara perkara mustahak perlu diambil kira dimana ia juga diantara penghalang pengeluaran minyak.

Jika anda hendak membeli pelembab, pastikan pelembab tersebut bebas minyak, lilin dan bebas lemak. Untuk mengetahui perkembangan daripada produk yang anda gunakan meninggalkan impak, anda boleh menggunakan tisu pengesan tahap minyak, dengan menggunakannya anda boleh melihat perbezaan sebelum dan selepas produk yang anda gunakan.

Untuk mengenal pasti produk apa yang sesuai untuk anda, cuba gunakan beberapa produk yang telah teman jelaskan dan anda akan ketahui produk apa yang sesuai dengan kulit anda.

Untuk jawapan yang lebih pasti untuk mengetahui produk apa yang yang sesuai dengan kulit anda, rujuklah pada doctor farmasi atau ahli dermatologi untuk nasihat. Dengan merujuk kepada pakar, anda akan lebih mengetahui lebih banyak produk khas bagi penjagaan kulit berminyak yang dapat membantu mengurangkan pengeluaran minyak berlebihan…

Sekian.. Pesanan khas dari Dr. EnkayBeau…

Advertisements

5 Responses to “Kulit Berminyak Merunsingkan Anda???”

  1. sapa dr. enkaybeau ni????nak knalan leh x??????

  2. Adakah pencuci muka Seba Med baik untuk kulit berminyak?


    Sent on a phone using T9space.com

  3. Adakah pencuci muka Seba Med baik untuk kulit berminyak??


    Sent on a phone using T9space.com

  4. actually for oily skin, Cethapyll Oily Skin Cleanser elok..kt guardian ade..seyes semua whitehead n balckhead lama2 hilang trus

  5. cm ne nk ilang kan kulit minyak ni
    pastu ade jerawat lak tu

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: