Tiara hancurkan Akademi Fantasia-Dua peserta wanita Sarawak tersingkir

Tiara hancur kan Akademi Fantasia walaupun konsep lagu ini agak menarik tetapi ianya tidak sesuai dengan konsep asal Akademi Fantasia. Penonton dipaksa menonton sebuah teater dan terpaksa menelan saja selera Tiara . semakin hari Akademi fantasia kurang diminati dan saya pasti pada tahun akan datang Akademi akan menjadi kurang glamour lagi. Akademi Fantasia menjadi sebuah drama yang carca marba sama seperti rojak mee di mana kita kurang pasti apakah tumpuan penonton adalah kepada pelajar atau hanya sekadar menyaksikan teater PGM.

Pada mulanya Adre Hashim seorang pengkritik juga menjadi konfius kerana apa yang dihidangkan bukan lah bidang beliau, begitu juga dengan datuk Khadijah Ibrahim seorang penyanyi yang mungkin kurang arif dengan bidang lakonan.Begitu juga harapan penonton yang telah lama dihidangkan dengan konsep AF tidak dapat menerima konsep baru Tiara . Mungkin ramai yang di stadium juga kecewa kerana mereka datang dengan harapan untuk menyaksikan AF tetapi dihidangkan dengan sebuah teater , Tidak kurang juga yang di rumah yang tidak lagi dapat merasakan feel AF.

Kemunculan AC yang cuba terlalu menonjol dan cuba mencuri limelight melenyapkan fokus penonton kepada pertandingan Akademi Fantasia ini. Ada yang mengatakan Tiara cuba mempopularkan teater yang sememangnya bidang beliau. seharusnya Tiara jangan memikirkan selera ebliau dan seharusnya Tiara memikirkan selera penonton kerana mereka yang akan mengundi. Ramai yang kini lebih berminat untuk bercerita tentang pertandingan OIAM dari AF, Ramai juga yang telah mengkritik AF dan kini AF tidak lagi menjadi rancangan realiti yang paling popular masa kini.

Bagi saya Tiara gagal dalam mengendalikan AF dan gagal untuk membuat satu transformasi yang benar-benar berjaya kerana sehingga hari ini kualiti peserta AF hanya boleh boleh saja
malainkan Hafiz yang sememangnya mempunyai bakat yang istimewa dan tersendiri.

Buat pertama kali pengetua naik ke pentas dan merasakan tidak puas hati dengan keputusan dan menggunkan kuasa untuk mengumumkan AF masuk , Ada yang mengatakan bahawa ini adalah satu gimik kerana sambutan undian oleh penonton kian berkurangan. Tiara sepatutnya menyalahkan dirinya yang cuba membuat satu perubahan yang banyak tidak memuaskan hati penonton. Aishah  yang merupakan peserta yang konsisten setiap minggu dan Claudia tersingkir pada konsert minggu ini.

Leave a comment